Friday, July 3, 2009

petikan blogger lain

Yang ketiganya; jangan sandarkan satu perhubungan itu dengan sekadar simpati. Sympathy cannot furlong a relationship. Cinta perlu dipupuk dan dibentuk. Kalau dia sayangkan kamu dan kamu sayangkan dia, usahakan agar cinta itu tak mati disitu. Usahalah untuk memenangi hati mak dia. Jangan satu pihak sahaja kerana it takes two to tango atau menari zapin dan inang. Yang keempatnya; (jenuh dah aku menulis), restu mungkin tidak datang sekarang. Restu mungkin datang ketika kelahiran cucu dia yang tersayang. Restu mungkin datang ketika dia sedang sakit dan ngko menjaganya dengan penuh kasih sayang. Restu mungkin datang ketika sesuatu yang tak terduga berlaku. Pokoknya, kalau ngko semai benih cinta dengan baik, ngko jaga dengan baik, ngko siram selalu dengan kasih sayang, ngko bubuh baja yang baik, ngko belai dengan kelembutan. InsyaAllah, yang benar tetap benar walau diselindungkan dan yang salah tetap salah walau dipertikaikan.Pokok yang subur dengan cinta dan kehebatan akan tumbuh menjulang awan. Allah maha pengasih lagi penyanyang, jangan lupa itu.Jangan juga lupa untuk bersabar dengan tiap kejadian kerana setiap kejadian telah dijanjikan dengan hikmah dan kebaikan. Mungkin Tuhan memberikan ujian yang sedemikian pada kalian kerana Tuhan tahu yang kalian mampu dan tabah untuk mengharunginya bagaikan sepasang merpati yang terbang membelah kayangan (meminjam kata-kata hikmat Mak Andeh).

No comments:

Post a Comment